Pengembaraan Di Dasar Laut



Jack merupakan seorang pengembara. Dia gemar mengembara dengan kapal selamnya dan meneroka dunia di dasar laut.



Pada suatu pagi, Jack melihat kamera kapal selamnya. Dia amat terperanjat melihat sebiji mata yang besar sedang memandangnya.



Sebelum dia sempat memikirkan tentang asal mata tersebut, kapal selamnya bergegar dengan amat kuat. Dia melihat ke luar tingkap dan ternampak seekor haiwan laut yang sangat besar.



Ia seperti seekor sotong gergasi! Sesungut sotong itu sedang membaluti seluruh kapal selamnya!



Jack perlu memikirkan sesuatu dengan secepat mungkin. Dengan segera, dia memakai pakaian selamnya dan mengambil tombaknya. Dalam sekelip mata, Jack keluar dari kapal selamnya dan berenang ke arah sesungut sotong gergasi itu. Jack pun memotong sesungut sotong yang sedang membaluti kapal selamnya. Sotong gergasi itu mengayunkan sesungutnya dalam kesakitan.



Sebelum haiwan itu pulih, Jack berenang kembali ke kapal selamnya dengan cepat lalu beredar dari situ. Jack amat bernasib baik!




Click to Read an Interactive version of this story here